Entri kali ni ak nak cerita pasal berpisah.. berpisah neh maksud dia merujuk pada kamus
pelajar ;tidak berhubung antara satu dgn yg lain; tidak rapat atau tidak berdampingan kedudukannya; berenggang; berjauhan. okeh berpisah ni ada banyak kes boleh digunapakai.. dalam entri ini aku gunakan dalam tiga kes berikut:
KES PERTAMA
berpisah dengan kekasih
dimana perpisahan yang berlaku adalah kehendak kedua-dua pihak atau sebelah pihak untuk tidak meneruskan hubungan lagi.. sama ada kedua-duanya sudah jauh hati atau sebelah pihak sudah mempunyai kekasih lain. ak penah alami perpisahan kes ini.. kerap kali berlaku pada aku. mungkin bukan jodoh ku. tapi ak pasti ALLAH sudah mengatur segalanya untuk ku..
KES KEDUA
berpisah dengan ibu
okeh dalam kes ini terjadi pada ku jua kerana ak terpksa berpisah dengan ibu ku seketika sebab ibu ku pergi
menunaikan ibadah haji pada 23 oktober ini.. semoga semuanya selamat. semoga perjalanan mama pergi dan balik selamat dan mendapat haji yang mabrur.. luv u mum... :)
KES KETIGA
berpisah dengan kawan-kawan
huaaa.. entri ini yang susah nak tulis.. emm.. ak akan melalui fasa kes ketiga soon.. ak akan bertukar kerja tak lama lagi.
ak akan berpindah ke kuantan untuk mencari rezeki di sana.. ak akan berpisah dengan kawan2 ku.. abby, ad, opismate ku yang akan ku rindui.. kak reen, mun, kak su and ila.. sob2... sedehnye.. tapi jgn risau ye kawan2.. ku akan menjenguk kalian jua...
bak kata orang setiap pertemuan akan tiba perpisahan jua.. setiap yang hidup pasti akan mati.. oleh itu hargailah
setiap hembusan nafas yang kita ada sekarang ni.. :)
p/s: saya rindu arwah babah saya.. sedeh nak tulis entri berpisah ni.. :(
MALIQUE 1ST SNOW! HOKKAIDO!
6 years ago
mak sedehhhhhhhhhh
ReplyDelete:(((