Wednesday, October 20, 2010

Berpisah

Entri kali ni ak nak cerita pasal berpisah.. berpisah neh maksud dia merujuk pada kamus
pelajar  ;tidak berhubung antara satu dgn yg lain; tidak rapat atau tidak berdampingan kedudukannya; berenggang; berjauhan. okeh berpisah ni ada banyak kes boleh digunapakai.. dalam entri ini aku gunakan dalam tiga kes berikut:




KES PERTAMA


berpisah dengan kekasih


dimana perpisahan yang berlaku adalah kehendak kedua-dua pihak atau sebelah pihak untuk tidak meneruskan hubungan lagi.. sama ada kedua-duanya sudah jauh hati atau sebelah pihak sudah mempunyai kekasih lain. ak penah alami perpisahan kes ini.. kerap kali berlaku pada aku. mungkin bukan jodoh ku. tapi ak pasti ALLAH sudah mengatur segalanya untuk ku..




KES KEDUA


berpisah dengan ibu


okeh dalam kes ini terjadi pada ku jua kerana ak terpksa berpisah dengan ibu ku seketika sebab ibu ku pergi
menunaikan ibadah haji pada 23 oktober ini.. semoga semuanya selamat. semoga perjalanan mama pergi dan balik selamat dan mendapat haji yang mabrur.. luv u mum... :)




KES KETIGA


berpisah dengan kawan-kawan


huaaa.. entri ini yang susah nak tulis.. emm.. ak akan melalui fasa kes ketiga soon.. ak akan bertukar kerja tak lama lagi.
ak akan berpindah ke kuantan untuk mencari rezeki di sana.. ak akan berpisah dengan kawan2 ku.. abby, ad, opismate ku yang akan ku rindui.. kak reen, mun, kak su and ila.. sob2... sedehnye.. tapi jgn risau ye kawan2.. ku akan menjenguk kalian jua...




bak kata orang setiap pertemuan akan tiba perpisahan jua.. setiap yang hidup pasti akan mati.. oleh itu hargailah
setiap hembusan nafas yang kita ada sekarang ni.. :)




p/s: saya rindu arwah babah saya.. sedeh nak tulis entri berpisah ni.. :(

1 comment:

HASIL MERAPU MEREPEK